MITOS MINYAK KELAPA : MENINGKATKAN TAHAP KOLESTEROL DAN RISIKO SERANGAN JANTUNG
Minyak kelapa jenis konvensional digunakan dalam gula-gula, krimer kopi, dan popcorn diperbuat daripada kelapa kering yang dikisar, dimasak, dan dirawat dengan bahan kimia untuk menghasilkan minyak yang ditapis dan di"luntur"kan sebelum digunakan dalam makanan.
"Sumber yang tidak baik," kata penyelidik Universiti Cornell, Tom Brenna. "Minyak kelapa seperti ini akan meningkatkan kadar kolesterol dalam haiwan makmal seperti tikus, arnab dan hamster, yang digunakan untuk mengkaji kesan lemak pada manusia."
Kira-kira sepuluh tahun yang lalu, minyak kelapa dara mula menjadi alternatif yang popular. "Ia dibuat dengan kaedah pengasingan "lembut" daripada isi kelapa segar," kata Brenna. " Ianya dipuri, dipanaskan perlahan-lahan, dan tapis "lemak" yang naik ke atas."
Yang mana satu jenis minyak yang boleh digunakan, menyihatkan dan selamat?
Bagi satu perkara, kedua-dua minyak kelapa dara dan konvensional mengandungi lemak tepu yang sama. Malah, komposisi kimianya yang hampir serupa dan ahli hanya terlatih dapat membedakan mereka, dengan menggunakan warna, aroma, dan rasa.
Pemilihan adalah bergantung kepada untuk apa digunakan dan kewangan yang kita ada. Carta di atas meringkaskan apa yang ada dipasaran buat masa ini dengan pemarkahan daripada 1 hingga 10.
Pada pemahaman umum, memasak pada suhu yang tinggi akan menurunkan kualiti minyak itu, tetapi ia tidak berlaku kepada minyak kelapa kerana ianya stabil pada suhu tinggi.
Sebuah artikel yang telah diterbitkan oleh The Sunday Times dari Sri Lanka, 16 Oktober 2011 - "Minyak Kelapa: Ia adalah sebenarnya baik untuk anda semua," oleh Kumudini Hettiarachchi dan Shaveen Vadhiya memaklumkan bahawa sebahagian besar fenolik anti-oksidan yang terdapat dalam minyak kelapa adalah sangat stabil haba.
Mereka menjelaskan terhasilnya anti-oksidan dalam komposisi yang sangat besar adalah dari proses pendidihan untuk jangka masa yang lama pada suhu yang tinggi melarutkan lebih banyak anti-oksidan ke dalam minyak.
Pada tahun 2013, satu lagi kajian yang dilakukan di India juga menunjukkan bahawa minyak kelapa dara yang dihasilkan oleh penggilingan basah (wet-milled) dan menggunakan haba menghasilkan paras antioksidan yang lebih tinggi.
Tahap polifenol yang meningkat dalam kumpulan HEVCO (hot extracted virgin coconut oil) yang mungkin disebabkan oleh peningkatan pelepasan ikatan-ikatan polifenol dengan pemanasan.
Santan merupakan emulsi minyak dan air yang distabilkan oleh protein. Untuk mengekstrak minyak dari santan, ikatan protein harus dipecahkan dengan suhu panas dalam dandang dua dinding dikenali sebagai periuk VCO (steam jacket vessel)
RUJUKAN :
1) http://www.cspinet.org/nah/articles/coconut-oil.html
2) http://www.acaai.org/allergist/allergies/Types/food-allergies/types/Pages/tree-nut-allergy.aspx
3) http://www.nature.com/ejcn/journal/v63/n2s/full/1602976a.html
4) http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-1092-coconut%20oil.aspx?
activeingredientid=1092&activeingredientname=coconut%20oil
5) http://www.itworks.com.my/health-diagnosis/heart-disease.html
6) http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20645831
7) http://healthimpactnews.com/2014/the-coconut-oil-myths-exposing-some-common-myths-
surrounding-coconut-oil/
8) http://www.hindawi.com/journals/ecam/2013/629329/
9) http://healthimpactnews.com/2013/study-virgin-coconut-oil-effective-in-treating-high-blood-
pressure/


No comments:
Post a Comment