MITOS MINYAK KELAPA DAN PRODUK-PRODUK DARIPADANYA:
ADAKAH MEMBERIKAN KESAN BURUK untuk pesakit kencing manis?
Minyak yang banyak dipromosikan sebagai baik untuk jantung seperti minyak bunga matahari atau minyak safron memiliki kandungan PUFA (poly unsaturated fatty acid) yang tidak diingini.
Terdapat banyak data penyelidikan menunjukkan bahawa mereka yang hanya menggunakan minyak jenis itu atau pengambilan berlebihan minyak jenis "baru" sebenarnya memudaratkan kesihatan dan beralih kepada gabungan pelbagai jenis lemak termasuk lemak masakan tradisional seperti minyak sapi, minyak kelapa dan minyak biji sawi (mustard) sebenarnya akan mengurangkan risiko dyslipidaemias 1, AHD (Atherosclerotic Heart Disease) dan Diabetes Mellitus (DM) jenis 2.2
Satu kajian yang sedikit dan kecil merangkumi seramai 40 warga China yang tiada ikatan pada satu-satu pemakanan atau cara hidup dalam kesan pemakanan rantaian sederhana trigliserida (MCT = medium chained triglyceride) pada penurunan berat badan dan sensitiviti insulin dalam kumpulan yang mempunyai berat badan berlebihan 2, yang tiada pegangan pemakanan tertentu (bebas) dan kehidupan tertentu tetapi mempunyai penyakit kencing manis jenis 2 dilaporkan dalam satu kajian pilot 3 yang menguji adakah MCT berfaedah ke atas mereka ini.
Kajian terdahulu berkaitan MCT mencadangkan bahawa MCT boleh digunakan untuk mengawal lelemak pada mereka yang tiada kencing manis tetapi mengalami masalah kegemukan.
Secara kolektifnya, kajian menunjukkan adanya kaitan dalam pengambilan MCT secara sederhana dengan pengurangan risiko pada mereka yang mempunyai berat badan berlebihan yang hidup dalam kos kehidupan yang rendah dan bebas.4
Kajian epidemiologi di India menunjukkan peningkatan yang membimbangkan kejadian penyakit jantung aterosklerosis (AHD = atherosclerotic5 heart disease) dan kencing manis (DM Jenis-2).
Kedua-dua warga yang berada di luar dan di dalam negara India, telah dikaitkan dengan peningkatan pengambilan makanan berlemak menggantikan lelemak digunakan dahulu secara tradisinya dan dilabel aterogenik dengan minyak sayuran yang telah ditulenkan dan diangkat sebagai baik untuk jantung kerana kandungan asid lemak poli tak tepu (PUFA) mereka, tetapi malangnya, tidak mampu untuk menyekat trend ini kerana telah dikomersialkan secara meluas.
Data semasa ke atas lemak pemakanan menunjukkan bahawa bukan sahaja kehadiran PUFA tetapi jenis PUFA itu iaitu kandungan PUFA yang tinggi n-6 (Omega 6) dan nisbahnya yang tinggi n-6 / n-3 (Omega 6 / omega 3) iaitu nisbah lemak pemakanan yang aterogenik dan diabetogenik, bahkan ianya meningkatkan risiko mendapatkan kanser.6
Mereka yang terlibat dalam kajian ini dilakukan secara rambang dan dibahagikan kepada 2 kumpulan ujian, dengan satu kumpulan diberikan MCT dan kumpulan satu lagi diberikan minyak jagung sebagai kawalan mewakili trigliserida panjang (LCTs = long chain trygliceride).
image: julioval88hp.blogspot.com
Kumpulan MCT menunjukkan pengurangan dalam berat badan dan WC (waist circumferens = lilitan pinggang), peningkatan dalam kepekatan serum C-peptide7 , pengurangan penilaian model homeostasis rintangan insulin8, dan penurunan dalam kepekatan serum kolesterol.
Perbandingan antara kumpulan juga menunjukkan berat badan dikurangkan, WC, dan mengurangkan kerintangan insulin berkaitan homeostasis dalam kumpulan MCT berbanding dengan kumpulan LCT pada akhir kajian.
Beberapa kajian yang dijalankan menggunakan air kelapa yang dikaitkan dengan kencing manis menunjukkan hasil positif bagi membantu mereka mengidap penyakit zaman moden ini.8

