Friday, October 3, 2014

MEMILIH MINYAK YANG SIHAT UNTUK MEMASAK - LEMAK TEPU DAN TIDAK TEPU











Bila cuba memilih akan minyak untuk memasak yang mana lebih baik buat kita, beberapa soalan akan timbul; 


1) Adakah lemak tepu (saturated) lebih baik dari lemak tidak tepu     
    (unsaturated)?

2) Apakah lemak baik dan lemak jahat?

2) Minyak yang lebih mahal lebih bagus untuk kita?

3) Minyak yang mana boleh tahan haba dan tidak berubah bentuk kepada 
    bahan toksik?

4) Yang mana satu jenis minyak yang paling bagus untuk kesihatan 
    jantung dan diri kita?

5) Apakah itu takat asap (smoke point)?

6) Adakah minyak kelapa itu "jahat"?





1) Adakah lemak tepu (saturated)  
    lebih baik dari lemak tidak tepu        (unsaturated)?


Lemak  tak  tepu  boleh  memberi manfaat kepada jantung, manakala lemak  tepu  boleh  memudaratkan jantung  dan  tahap kolesterol anda. 







Lemak tepu terdapat dalam produk haiwan dan makanan yang diproses, seperti daging, produk tenusu, kerepek, dan pastri. Struktur kimia lemak tepu penuh dengan atom hidrogen, dan tidak mengandungi ikatan ganda dua antara atom karbon. Lemak tepu tidak bagus untuk jantung yang sihat, kerana mereka terkenal dengan meningkatkan kolesterol LDL anda (kolesterol "jahat"). 



Lemak tak tepu, di sisi lain, terdapat pada makanan seperti kacang, avokado, dan buah zaitun. Ianya dalam bentuk cecair pada suhu bilik dan berbeza daripada lemak tepu dalam struktur kimia yang mengandungi ikatan ganda dua. Selain itu, kajian telah menunjukkan bahawa lemak tak tepu juga adalah lemakuntuk  jantung yang sihat iaitu berupaya untuk menurunkan kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol "baik"). 


Disebabkan persekitaran kita mudah untuk mendapatkan serta sangat tinggi pengaruh atas selera kita sebagai rakyat Asia, walau bagaimanapun, anda harus cuba untuk mengelakkan makanan yang tinggi lemak tepu, kerana memakan diet yang tinggi dengan lemak jenis ini boleh meningkatkan risiko kolesterol dan penyakit jantung dikemudian hari











RUJUKAN:
1) http://authoritynutrition.com/healthy-cooking-oils/
2) http://cholesterol.about.com/cs/faq/f/difference.htm
3) http://blog.timesunion.com/healthylife/good-fats-versus-bad-fats/14652/
photo credit : www.nlwgardeners.co.uk

No comments:

Post a Comment