Monday, September 22, 2014

BERAT BADAN NAIK? PENYEBAB

KENAPA BEG TANGAN ANDA MEMBUATAN ANDA GEMUK (KASUT TUMIT TINGGI, JAM LOCENG, JUGA SARUNG KAKI ANDA! )


Antara perkara yang mengejutkan anda jika diberitahu akan kesan perkara yang biasa kepada kita dan akibatnya kepada tubuh badan.

BEG TANGAN ANDA

Doktor kosmetik Michael Prager, mendapati beberapa pesakitnya membawa lebih lemak pada satu bahagian badan mereka,  dengan mengaitkan sebelah mana pesakit sering membawa beg tangan BESAR mereka.

"Sebelum saya melaksanakan laser untuk membuang lemak, saya mengukur bahagian berlemak pesakit, supaya kita boleh mengukur berapa inci hilang  selepas rawatan, " beliau menjelaskan.
"Ramai pesakit wanita saya membawa lebih lemak pada satu bahagian badan mereka dan simpanan lelemak mereka adalah tidak sekata. Wanita-wanita ini mempunyai persamaan ketara iaitu beg tangan yang dibawa sungguh besar.

Pakar postur Ivana Daniell berkata melakukan lebih senaman berat di satu bahagian badan - seperti dengan membawa beg yang berat - boleh memberi kesan kepada peletakan kedudukan lemak badan.

Nasihat beliau?

"Jangan bawa begitu banyak beban, kerana ia memberi kesan kepada postur anda, dan postur yang baik membuat anda kelihatan lebih ramping. Dan menukar kedudukan beg tangan anda dari sisi ke sisi lainnya bergilir.

"Dengan ini, kedudukan lemak akan diseratakan, dan ini juga akan mengurangkan kesakitan di leher, bahu, dan belakang. "

Pakar postur Ivana Daniell menjelaskan mengenai pemerhatian dari Prager mengenai kesan  beg kita yang berat ke atas postur tubuh kita.

Dari masa ke masa, postur tubuh yang tidak baik membawa kepada kedudukan lemak yang tidak pada tempatnnya.

"Postur memberi kesan di mana kita menyimpan lemak, " ujar beliau.

"Jika anda melakukan lebih banyak aktiviti senaman berat pada satu bahagian badan - seperti membawa beg berat - anda tidak hanya mengaktifkan lebih otot di satu bahagian, anda juga menyebabkan ketidakseimbangan otot dan rangka yang boleh memberi kesan kepada pengedaran lemak."


KASUT TUMIT TINGGI


Dalton Wong seorang Jurulatih Persendirian menyatakan:
"Kasut tumit tinggi boleh melemahkan otot abdominal anda, yang menyebabkan perut ter'keluar'  di bahagian bawah pusat anda. "

Beliau memberitahu pelanggan beliau untuk memakai kasut tumit mereka di atas permaidani merah, dan membukanya setelah duduk.

Beliau menasihatkan berjalan di sekitar rumah tanpa kasut untuk menguatkan otot-otot yang telah lemah dengan memakai kasut tumit tinggi.



PENGGELAPAN KULIT TIRUAN (FAKE TAN)

Ahli-ahli sains di Sweden telah menemui bahawa bahan kimia yang dikenali sebagai phthalates  menjadikan kita lebih mudah menambahkan berat badan dan dua kali lebih berkemungkinan untuk meyebabkan kencing manis.

Bahan kimia ini juga ditemui di make-up, pembersihan produk dan bekas plastik.
boleh menyebakan kegemukan dengan diserap ke dalam badan dan dihantar keseluruh badan melalui kulit.


KEPELBAGAIAN TUGAS (MULTITASKING)


Profesor Ryan Hamilton, yang melakukan kajian. "Menjadi sibuk memberi kesan kepada pilihan makanan yang anda buat,"

Jurulatih peribadi Dalton Wong, yang melatih Hunger Games pelakon Jennifer Lawrence. "Jika anda begitu sibuk anda tidak boleh berfikir dengan jelas, anda lebih cenderung untuk memilih kopi dan biskut-biskut untuk tenaga berterusan. "Bagaimanapun, snek yang menyediakan tenaga yang segera,  akan menyebabkan lebih banyak tekanan dan mudah letih. Gula tiruan mengganggu tahap gula darah badan, yang membawa kepada keletihan dan ketagihan gula, dan lebih daripada dua atau tiga cawan kopi akan menyebabkan badan anda berlebihan dengan kortisol iaitu satu hormon tekanan. "

Beliau menasihatkan agar makan hidangan dengan tenang dan harus mengambil snek dengan mengambil kekacang dan buah-buahan, atau sayur-sayuran, sehingga anda benar-benar bebas dari gangguan.

"Anda tidak mengunyah dengan betul kerana anda akan berada dalam keadaan tergesa-gesa, dan ini membawa kepada kekembungan".


SARUNG KAKI (LEGGINGS)


Sammy Margo, ahli fisioterapi yang bekerja dengan pasukan bola sepak England, telah memberi amaran bahawa leggings yang terlalu ketat boleh menyebabkan otot anda menjadi malas, dan ini menyebabkan perut , bahagian bawah dan kaki yang menggeleber.

Tambah beliau. "Leggings 'memegang' dan menyokong otot paha, punggung dan otot teras pada abdomen anda, dan 'menggantikan' tugas otot. Oleh itu, otot-otot berehat dan tidak 'berfungsi'. 


JAM LOCENG


Dalam satu kajian yang diterbitkan pada bulan Mei, Roenneberg, seorang profesor di Universiti Institut Munich  dalam bidang Psikologi Perubatan.dan rakan-rakan menganalisis tabiat tidur yang lebih daripada 65,000 orang dewasa. Dua pertiga daripada mereka mengalami jet lag sosial, mengalami sekurang-kurangnya satu perbezaan jam antara berapa lama mereka tidur pada hari bekerja dan hujung minggu.

Untuk setiap jam jet lag sosial , risiko berat badan berlebihan meningkat  kira-kira 33 peratus. Pelbagai sebab menjadi obes , Roenneberg berkata "satu faktor penyumbang adalah kehidupan tidak mengikut keperluan biologi anda. Tidak ada siapa yang tahu mekanisme yang tepat, tetapi kajian-kajian lain menunjukkan bahawa kekurangan tidur menyebabkan rembesan lebih tinggi ghrelin, hormon menambah selera makan dan pengurangan leptin, hormon merasa kenyang itu.

Kehidupan seharian kita dikawal oleh dua fenomena yang berlaku secara semula jadi: 

jam dalaman  circadian dan putaran bumi.  

Sistem jam circadian mengawal pelbagai fungsi, termasuk suhu badan, rembesan hormon dan tekanan darah. Ia juga mengawal selia aktiviti-aktiviti harian organ. 

Jam circadian mesti betulkan setiap hari untuk memastikan ia beroperasi pada kitaran sekitar 24 jam. Ia ditetapkan semula oleh cahaya matahari dan kegelapan, dengan memberikan isyarat ke otak melalui saraf optik iaitu saraf mata. 



RUJUKAN;

1. http://www.dailymail.co.uk/femail/article-2133575/Why-handbag-making-fat-And-fake-tan-high-
    heels-leggings.html

2. http://www.smithsonianmag.com/science-nature/your-alarm-clock-may-be-hazardous-to-your-
    health-164620290/?no-ist



No comments:

Post a Comment