Hanya lebih kurang 30gram kacang walnut atau 15-20
potongan kacang, ianya kaya dengan antioksida. Ianya tiada kolesterol dan rendah garam sodium yang menyebabkan gemuk air serta gula.
Kacang adalah sumber pemberi tenaga iaitu tinggi kalori, jadi perlu beringat jika mahu memakannya.
Kopi bukan sahaja memberikan kecergasan,
tetapi ianya juga
mengurangkan risiko kencing manis
dan
penyakit Parkinson
dan
juga menggalakkan enzim yang melindungkan diri dari kanser usus besar.
Brokoli mengandungi indol-3 carbinol yang boleh mengurangkan kanser payudara serta kanser yang bergantung dengan hormon estrogen (estrogen sensitive ) seperti kanser ovari dan serviks.
Brokoli juga mengandungi bahan perlindung iaitu beta carotene yang membantu melindungi jantung.
Lebih kurang 30 gram kacang pecan membantu meninggikan kadar metabolisma
dan
memberikan rasa kenyang
serta
membantu melindungi sistem saraf manusia.
Banyak serat dan vitamin C
(memberikan 149% daripada keperluan harian),
Satu cawan potongn strawberi adalah satu cawan yang penuh dengan kebaikan.
Buah Pic sangat kaya dengan beta carotene, Vitamin A dan C,
serat dan mineral seperti zat besi, thiamine, riboflavin, niacin, calcium, potassium, magnesium dan phosphorus.
1 cawan beri hitam mengandungi antioksidan yang tertinggi mengalahkan buah beri yang lain seperti blueberry, strawberry, cranberry, raspberry.
Dengan mengambil 1 cawan penuh buah beri ini, memberikan 1/2 daripada Vitamin C yang dicadangkan untuk sehari.







No comments:
Post a Comment